Friday, August 27, 2010

Certificate of Eligibility (在留資格認定証明書) dan Visa Jepun (日本国査証)

Certificate of Eligibility ni diterima agak lambat (sekitar akhir Julai) kerana menunggu kelulusan daripada pihak Biro Imigresen Jepun. 在留資格認定証明書 dibaca zairyu shikaku nintei shomeisho dan merupakan dokumen yang menyokong permohonan visa Jepun (日本国査証 Nihon koku sasho). Certificate ni dimohon oleh pihak universiti Rikkyo bagi pihak pelajar. Maklumat seperti universiti mana yang akan menerima kita dan tempoh belajar akan tercatat di atasnya. Macam aku, tempoh belajar ialah 1 tahun 3 bulan.

From Ryugaku 留学 - Jepun
Ok, beberapa hari lepas terima certificate tu, aku terus ke Kedutaan Jepun di Jalan Stonor. Sebelum pergi, aku semak beberapa kali dokumen yang diperlukan supaya takde yang tertinggal/tersalah. Kat bawah ialah senarai dokumen yang kena bawa untuk pemohon yang ada Certificate of Eligibility:
1) Pasport
2) Borang permohonan visa (boleh didownload di http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit/apply-form.pdf)
3) Gambar visa Jepun (4.5cmx4.5cm dengan latar putih) yang ditampal di atas borang
4) Certificate of Eligibility asal dan salinan

Oh, lupa nak beritahu yang aku ada telefon kedutaan dulu sebelum sebab nak pastikan nama yang aku guna kat borang permohonan tu betul. Mula-mula aku keliru sebab ada ruangan first name dan last name. Orang Melayu mana ada first name kan? Huhu. Lepas telefon, orang kedutaan kata letak nama ikut pasport, jadi, aku abaikan ruang nama first name tu.

Lepas hantar semua dokumen, orang di kaunter tu kata boleh ambil dua hari lagi. Aku cakap kat dia "Cepatnya", dia senyum je. Rupanya tempoh 3 hari untuk siap visa tu termasuk hari kita hantar. Hehe.

Lepas 2 hari, aku dengan excitednya ke kedutaan dan merupakan orang pertama yang ambil nombor giliran. Aku masuk awal 15 minit (kaunter buka pukul 2 petang). Lepas nombor dipanggil, aku pun terimalah visa Jepun tu. Gambar hitam putih aku nampak macam pelik je. Bawah ni ialah visa Jepun aku:

From Ryugaku 留学 - Jepun
Lega semua permohonan dokumen dah selesai. :D Tiket kapal terbang pun dah beli.

Friday, August 20, 2010

Sijil Penerimaan Masuk - 入学許可書 (Nyugakukyokasho)

Maaf lambat kemaskini post. Sangat sibuk dengan pelbagai persiapan terakhir walaupun ada beberapa perkara yang masih belum settle lagi. Hehe. Ok, lepas beberapa bulan borang permohonan dihantar, sijil penerimaan masuk akan dipos. Dengan adanya sijil ini, boleh dikatakan sudah rasmilah aku diterima sebagai pelajar program pertukaran Universiti Rikkyo. Kat bawah ni lah rupa Nyugakukyokasho tu.

From Ryugaku 留学 - Jepun
Dengan sijil ni, disertakan semua maklumat penting berkaitan Universiti Rikkyo seperti jadual orientasi, borang permohonan asrama, panduan untuk hidup di Jepun dan lain-lain.

Permohonan asrama hendaklah dihantar sebelum dateline yang ditetapkan menggunakan e-mel atau faks. Bila dan ada sijil ni, permohonan untuk penarikan diri dari semester/sesi UM dah boleh dibuat. Proses penarikan diri tu aku buat selepas tamat peperiksaan semester 2 sesi 2010/2011.

Borang tu boleh diambil dari pejabat am Fakulti Bahasa dan Linguistik dan perlu dihantar dengan menyertakan:
1) Salinan Nyugakukyokasho
2) Terjemahan dalam bahasa Melayu
3) Surat rasmi yang menyatakan sebab untuk penarikan diri

Salinan borang tu diberi kepada aku setelah Dekan Fakulti meluluskan permohonan tu. Beberapa hari lepas tu, pengesahan daripada Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR) akan diterima melalui pos.

Dengan penerimaan surat di atas, aku sudah tidak dapat menikmati kemudahan sebagai pelajar UM. Buku di perpustakaan tak boleh dipinjam dan semestinya tidak boleh lagi mendaftar untuk subjek. Masa tu barulah menghargai kemudahan pinjaman buku perpustakaan. Huhu. Post lepas ni akan menerangkan proses permohonan visa Jepun :)

Tuesday, August 17, 2010

Borang Permohonan - 入学願書 (Nyugakugansho)


Borang ini ku terima selepas lecturer menghantar nama ku ke pihak Universiti Rikkyo dan mereka menghantar panduan berkaitan universiti beserta borang ini. Oleh kerana ingin menyertai program pertukaran pada sesi musim bunga (april), borang ini perlu dihantar sebelum 11 November.

Borang permohonan ini dalam bahasa Jepun disebut 立教大学観光学部特別外国人学生入学願書(Rikkyo daigaku kanko gakubu tokubetsu gaikokujin gakusei nyugaku gansho) dan boleh diisi dalam bahasa Inggeris ataupun Jepun tapi ku memilih untuk mengisinya dalam bahasa Jepun.

Seperti biasa, pelbagai maklumat peribadi perlu diisi seperti waris terdekat, latar belakang pendidikan (dari SK sampai UM) dan tahap kecekapan bahasa (BM, BI, BJ). Tapi paling kurang digemari ialah menjawab soalan subjektif mengenai 'Motivation for studying in Japan' dan 'Future plans after returning to your home University'. Aku jawabnya dalam B.Jepun tapi sekadar untuk memenuhi syarat sahaja.
Akhir sekali, sebelum hantar borang ni, kenalah check checklist yang disediakan bersama borang. Kat bawah ialah senarai dokumen yang kena ada:
1. Application form
2. Letter of recommendation from lecturer
3. Official Transcript
4. Certificate of Japanese language proficiency
5. Certificate of Health (kena buat medical check-up dan bagi Dr. isi)
6. Certificate of financial resources (kena ada sponsor yang boleh tunjukkan simpanan dalam akaun bank minimum 1juta yen)
7. Copy of passport
8. 2 recent photographs

Bila semua dah ok, aku poskan menggunakan poslaju ke Jepun.

Intro はじめまして


Sungguh gembira apabila berpeluang menyertai program pertukaran pelajar ke Fakulti Pelancongan, Universiti Rikkyo, Jepun selama setahun pada 13 September 2010 nanti. Blog ini bertujuan untuk merekodkan perjalanan belajar di luar negara ataupun disebut ryugaku di dalam bahasa Jepun dari mula (proses permohonan) sehinggalah kepada kehidupan harian apabila tiba di Jepun nanti.

Aku sangat berharap blog ini dapat membantu atau memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang proses permohonan (yang semestinya melibatkan banyak perkara yang aku anggap remeh) dan apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum pergi dan lain2 lagi perkara yang berkaitan.