Maaf lambat kemaskini post. Sangat sibuk dengan pelbagai persiapan terakhir walaupun ada beberapa perkara yang masih belum settle lagi. Hehe. Ok, lepas beberapa bulan borang permohonan dihantar, sijil penerimaan masuk akan dipos. Dengan adanya sijil ini, boleh dikatakan sudah rasmilah aku diterima sebagai pelajar program pertukaran Universiti Rikkyo. Kat bawah ni lah rupa Nyugakukyokasho tu.
From Ryugaku 留学 - Jepun |
Permohonan asrama hendaklah dihantar sebelum dateline yang ditetapkan menggunakan e-mel atau faks. Bila dan ada sijil ni, permohonan untuk penarikan diri dari semester/sesi UM dah boleh dibuat. Proses penarikan diri tu aku buat selepas tamat peperiksaan semester 2 sesi 2010/2011.
From Ryugaku 留学 - Jepun |
Borang tu boleh diambil dari pejabat am Fakulti Bahasa dan Linguistik dan perlu dihantar dengan menyertakan:
1) Salinan Nyugakukyokasho
2) Terjemahan dalam bahasa Melayu
3) Surat rasmi yang menyatakan sebab untuk penarikan diri
Salinan borang tu diberi kepada aku setelah Dekan Fakulti meluluskan permohonan tu. Beberapa hari lepas tu, pengesahan daripada Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR) akan diterima melalui pos.
Dengan penerimaan surat di atas, aku sudah tidak dapat menikmati kemudahan sebagai pelajar UM. Buku di perpustakaan tak boleh dipinjam dan semestinya tidak boleh lagi mendaftar untuk subjek. Masa tu barulah menghargai kemudahan pinjaman buku perpustakaan. Huhu. Post lepas ni akan menerangkan proses permohonan visa Jepun :)
No comments:
Post a Comment