Friday, August 27, 2010

Certificate of Eligibility (在留資格認定証明書) dan Visa Jepun (日本国査証)

Certificate of Eligibility ni diterima agak lambat (sekitar akhir Julai) kerana menunggu kelulusan daripada pihak Biro Imigresen Jepun. 在留資格認定証明書 dibaca zairyu shikaku nintei shomeisho dan merupakan dokumen yang menyokong permohonan visa Jepun (日本国査証 Nihon koku sasho). Certificate ni dimohon oleh pihak universiti Rikkyo bagi pihak pelajar. Maklumat seperti universiti mana yang akan menerima kita dan tempoh belajar akan tercatat di atasnya. Macam aku, tempoh belajar ialah 1 tahun 3 bulan.

From Ryugaku 留学 - Jepun
Ok, beberapa hari lepas terima certificate tu, aku terus ke Kedutaan Jepun di Jalan Stonor. Sebelum pergi, aku semak beberapa kali dokumen yang diperlukan supaya takde yang tertinggal/tersalah. Kat bawah ialah senarai dokumen yang kena bawa untuk pemohon yang ada Certificate of Eligibility:
1) Pasport
2) Borang permohonan visa (boleh didownload di http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit/apply-form.pdf)
3) Gambar visa Jepun (4.5cmx4.5cm dengan latar putih) yang ditampal di atas borang
4) Certificate of Eligibility asal dan salinan

Oh, lupa nak beritahu yang aku ada telefon kedutaan dulu sebelum sebab nak pastikan nama yang aku guna kat borang permohonan tu betul. Mula-mula aku keliru sebab ada ruangan first name dan last name. Orang Melayu mana ada first name kan? Huhu. Lepas telefon, orang kedutaan kata letak nama ikut pasport, jadi, aku abaikan ruang nama first name tu.

Lepas hantar semua dokumen, orang di kaunter tu kata boleh ambil dua hari lagi. Aku cakap kat dia "Cepatnya", dia senyum je. Rupanya tempoh 3 hari untuk siap visa tu termasuk hari kita hantar. Hehe.

Lepas 2 hari, aku dengan excitednya ke kedutaan dan merupakan orang pertama yang ambil nombor giliran. Aku masuk awal 15 minit (kaunter buka pukul 2 petang). Lepas nombor dipanggil, aku pun terimalah visa Jepun tu. Gambar hitam putih aku nampak macam pelik je. Bawah ni ialah visa Jepun aku:

From Ryugaku 留学 - Jepun
Lega semua permohonan dokumen dah selesai. :D Tiket kapal terbang pun dah beli.

No comments:

Post a Comment