Tuesday, August 17, 2010

Intro はじめまして


Sungguh gembira apabila berpeluang menyertai program pertukaran pelajar ke Fakulti Pelancongan, Universiti Rikkyo, Jepun selama setahun pada 13 September 2010 nanti. Blog ini bertujuan untuk merekodkan perjalanan belajar di luar negara ataupun disebut ryugaku di dalam bahasa Jepun dari mula (proses permohonan) sehinggalah kepada kehidupan harian apabila tiba di Jepun nanti.

Aku sangat berharap blog ini dapat membantu atau memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang proses permohonan (yang semestinya melibatkan banyak perkara yang aku anggap remeh) dan apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum pergi dan lain2 lagi perkara yang berkaitan.


No comments:

Post a Comment